Ezyklik Enterprise telah didaftarkan pada tahun 2018. Perniagaan ini dijalankan secara online yang membekalkan produk penjagaan kesihatan kepada para pelanggan secara umumnya. Dengan menyahut seruan untuk bantu beri manfaat kepada masyarakat dan ekonomi negara, maka jenama-jenama Malaysia yang berkualiti tinggi keluaran anak tempatan ini kami ketengahkan untuk disebarkan dengan lebih meluas ke serata negara.
Produk utama adalah makanan tambahan/ suplemen Eskayvie yang telah lebih 10 tahun berada di pasaran hasil formulasi oleh doktor perubatan yang amat diyakini dan dipercayai berdasarkan kajian R&D yang mantap terhadap semua rangkaian produknya.
Seterusnya produk kegunaan harian Magic Blue yang turut mempunyai kelulusan KKM antara produk-produknya yang berkualiti seperti Pomade, Deodorant dan Shower Gel dari bahan-bahan alami dengan harga yang mampu milik.
Kami yakin dan percaya, dengan amalan penjagaan kesihatan yang baik kehidupan pasti lebih bahagia malah ibadat pun lebih sempurna dan rezeki tidak terjejas. Utamakan kesihatan, sayangi diri dan keluarga. Kesihatan adalah pelaburan yang menguntungkan di masa tua kita nanti kerana nikmat kesihatan telah dipelihara sejak awal.
Temui kami di media sosial #ezyklik atau hubungi talian 013-4058486 (En. Helmi) untuk sebarang info berkaitan. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda.
Rizal
A very stunning sharing, I like most. Thank you!!
ezyklik
Thank you sir. Have a nice day.