Vitamin D kenapa Penting sangat masa pandemik – 3 Sebab Utama

Vitamin D TIGA Sebab Utama berkaitan Covid & 8 tanda kurang Vitamin D

Vitamin percuma yg sering dilupakan

Dulu kalau tonton iklan, Vitamin D di war-warkan amat penting untuk fungsi tulang yang kuat. Ya, memang tidak dinafikan perkara ini kerana Vitamin D akan menggalakkan penyerapan kalsium yang membantu kesihatan dan kekuatan tulang. Namun, saintis kini telah giat mengkaji dan menemui bahawa ada lebih daripada 3000 reseptor Vitamin D di dalam badan.

Bila ada reseptor ni, maksudnya Vitamin D bukan sahaja untuk tulang, tapi keseluruhan badan. Lebih-lebih lagi bila ia berkait dengan genetik manusia. Memang kalau zaman dulu kita selalu dengar penyakit rickets yang mana tulang peha dan betis akan bengkok samada ke dalam atau keluar disebabkan oleh kekurangan Vitamin D yg banyak dihidapi oleh kanak-kanak.

Ramai tak sedar Vitamin D Penting? 

Mengikut saintis, Vitamin D yang optimum adalah apabila kandungan 40-60 nanogram/ml dalam darah. Untuk mengetahui jika paras Vitamin D dalam darah mencukupi atau tidak, ujian darah perlu dibuat.

Saintis mendapati lebih dari 80% mereka yang berkulit gelap terdedah kepada kekurangan Vitamin D. Lebih-lebih lagi di Malaysia ni, kebiasaan kita adalah kerja dalam pejabat, ini menyebabkan kurangnya pendedahan daripada cahaya matahari yang mencukupi pada waktu optimumnya.

78% individu yang bekerja di pejabat tak cukup Vitamin D. Manakala, 48% individu yang bekerja di luar tak cukup Vitamin D.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam kekuatan otot dan prestasi sukan itu sendiri. Yang mana ia boleh membantu meningkatkan kesihatan otot serta mengurangkan kecederaan ketika ataupun selepas bersukan.

Journal of American Academy of Orthopaedic Surgeon mendapati Vitamin D boleh meningkatkan prestasi sukan, tak kisahlah apa sebarang jenis sukan sekalipun termasuklah badminton, larian, marathon dan sebagainya.

Selain untuk atlet, Vitamin D juga penting untuk mereka yang ada orang yang berusia atau warga emas di rumah. Mereka ini jarang terdedah kepada cahaya matahari dan makanan pun kadang kala tidak terjaga. Apabila semua faktor ini digabungkan, orang yang berusia atau warga emas akan cenderung untuk mendapat masalah berkaitan kekurangan Vitamin D termasuklah memberi kesan kepada tulang rapuh dan mudah jatuh.

Tanda-tanda kekurangan Vitamin D

  1. Sering Sakit Tulang

Rasa ini menyerupai sengal-sengal atau sakit pada bahagian dalaman tulang. Dan ia mendedahkan penghidapnya kepada Osteomalacia (tulang menjadi lembut). 

Keadaan yang berterusan akan meningkatkan risiko untuk mendapat osteoporosis terutamanya wanita. Kerana itu jika kita lihat nenek-nenek yang bongkok sebab tulang mereka dah melembut dan jadi poros. Keadaan bertambah teruk dengan pertambahan usia.

Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin D bukan sahaja menyebabkan sakit tulang, tapi turut menyebabkan kesakitan pada bahagian otot. lni kerana pada saraf otot juga ada reseptor Vitamin D dan ini menunjukkan bahawa vitamin ini juga mengawal kesihatan otot

Vitamin D ini bertanggungjawab untuk penyerapan kalsium dan mineral untuk membentuk tulang yang sempurna. Bila Vitamin D tak cukup, pembentukan tulang akan jadi tak cantik.

2. Selalu Letih

Tanda keletihan telah dikaji dalam satu kajian yang melibatkan 174 orang yang letih-letih belaka tanpa mempunyai penyakit lain. Keletihan yang dialami tidak diketahui apa puncanya. Setelah disiasat, 77.2% dari mereka didapati kekurangan Vitamin D dan setelah mendapat suplemen Vitamin D, simptom lelah dan letih mereka hilang.

3. Masalah Kesihatan Otak

Selain masalah Alzheimer atau dementia, kekurangan Vitamin D dikaji meningkatkan peratusan anda menjadi murung, sedih, atau kadang-kadang rasa resah gelisah.

Malah, ibu hamil yang kurang Vitamin D berisiko tinggi untuk melahirkan anak yang mempunyai masalah autisma atau schizophrenia ringan. Penyakit schizophrenia ni biasanya selalu mendengar bisikan di telinga atau seperti berhalusinasi. Susah nak cerita sebab ini melibatkan masalah mental.

Jadi untuk bakal-bakal ibu, pastikan anda mendapat Vitamin D yang cukup setiap hari!

4. Sering Berpeluh di Kepala

Jika anda sering berpeluh di kepala tanpa sebab, ini juga mungkin menjadi tanda Vitamin D dalam darah tidak mencukupi.

Antara tanda lain termasuklah rambut gugur dan botak. lni kerana Vitamin D juga menggalakkan penghasilan keratinosit iaitu sejenis protein yang melindungi rambut anda. Bila keratin pada rambut tidak cukup untuk melindungi rambut, itu yang menyebabkan rambut mudah mudah gugur dan menyebabkan botak. Wahh saya pun baru tau fakta ini 🙄 

5. Luka Lambat Sembuh

Mengikut kajian, 2% rakyat Malaysia mempunyai masalah ulser yang kronik. Contohnya, jika kita nampak Iuka pada kaki itu, walaupun Iuka tu baru terjadi dan mula nak sembuh, tapi dah terjadi semula atau ambil masa yang sangat lama untuk sembuh semula

Vitamin D menggalakkan penghasilan sejenis bahan yang dipanggil sebagai ‘Cathelicidin anti-mikrob peptida’ iaitu sejenis peptida yang mampu melawan jangkitan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Dan bahan inilah yang penting lebih-lebih lagi untuk pesakit kencing manis yang mudah  mendapat jangkitan agar Iuka yang terjadi dapat sembuh pada tempoh yang lebih cepat.

Pesakit kencing manis juga memang ada risiko kekurangan Vitamin D kerana masalah rintangan insulin yang tinggi menyebabkan penghasilan lemak yang banyak. Sel lemak akan memerangkap Vitamin D yang dihasilkan dan merendahkan kesan Vitamin D kepada badan.

6. Masalah Kardiovaskular

Kekurangan Vitamin D juga boleh menyebabkan masalah aliran darah yang tidak lancar kerana Vitamin D dalam saluran darah membantu untuk mengembangkan saluran darah dan menstabilkan tekanan darah serta menyihatlkan lagi sistem kardiovaskular badan manusia.

7. Obesiti 

50.1% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan mungkin kebanyakan dari mereka mempunyai paras Vitamin D yang rendah di dalam darah

Vitamin D adalah sejenis vitamin larut lemak dan dalam kehadiran lemak yang banyak, sel lemak akan memerangkap Vitamin D ini menyebabkan jumlah Vitamin D yang bebas bergerak di dalam darah menjadi rendah.

Namun bila berat badan berlebihan, ia akan menyebabkan paras Vitamin D rendah dalam badan. Masalah ini hanya akan selesai apabila masalah rintangan insulin dapat diselesaikan termasuklah mengetahui jika paras Vitamin D dalam darah berada pada tahap yang optimum ataupun tidak.

8. SISTEM IMUN

lni adalah simptom yang paling ketara lebih-lebih lagi pada musim Covid yang mana apabila dikaji, Vitamin D ini bersifat seperti hormon steroid yang boleh mengawalselia sistem imun badan serta meningkatkan sistem imun badan pada lapisan pertama lagi!

lni termasuklah meningkatkan sel fagositosis yang sangat penting untuk menelan atau membunuh sel-sel kuman yang berjaya memasuki badan dan berkeliaran pada darah.

Jika anda prihatin akan keselamatan diri ketika waktu kritikal iaitu zaman Covid19 ni, anda perlu pastikan paras Vitamin D mencukupi terlebih dahulu.

Semestinya simptom-simptom ini boleh di alami dan nampak, tetapi ia tidak boleh mengesahkan jika anda mempunyai paras Vitamin D yang cukup atau tidak. Anda perlu pastikan nilai Vitamin D dalam darah berada pada tahap 60-70 mg/dl dan bacaan kurang dari 20 mg/dl amat berbahaya dan berisiko tinggi untuk menurunkan sistem imun badan anda.

Banyak kajian yang membuktikan pengambilan Vitamin D perlu dioptimakan lebih-lebih lagi
pada waktu pandemik ini kerana:

1) Vitamin D boleh meningkatkan lapisan saluran pernafasan

Contoh, perokok lebih mudah mendapat keradangan pada bronkitis. Keradangan ini menyebabkan batuk yang teruk seolah-olah rasa macam nak terkeluar anak tekak.

Perokok berisiko untuk mengalami masalah saluran pernafasan, sebab itu sangat penting untuk mereka mengambil Vitamin D tambahan.

Kajian oleh Irish Journal Medical Science menunjukkan, pengambilan Vitamin D tambahan boleh mengurangkan risiko penyakit Covid19 dan boleh mengurangkan penyebaran virus tersebut.

Suntikan vaksin membantu untuk meningkatkan sistem imun yang bertanggungjawab untuk hasilkan antibodi. Tapi sebelum ambil vaksin, amat penting untuk kita tingkatkan sistem imun semulajadi badan dahulu bagi menyediakan badan agar antibodi yang dihasilkan mencukupi.

2. Pengambilan Vitamin D dikaji dapat menurunkan tahap keseriusan Covid19.

Kajian mendapati pengambilan Vitamin D yang mencukupi boleh menurunkan peratusan mereka yang berada di ICU. Malah boleh menurunkan 25 hingga 35 kali ganda peratus pesakit yang perlu masuk ICU untuk mendapatkan sokongan pernafasan dan menurunkan jumlah pesakit yang menggunakan ventilator atau mesin pernafasan.

3) Menurunkan risiko kematian akibat Covid19 sehingga 700%.

Kajian mendapati, Vitamin D yang mencukupi boleh menurunkan risiko kematian akibat Covid, malah boleh meningkatkan keupayaan badan untuk membuang virus dari badan. Maksudnya, ia membantu untuk mempercepatkan penyembuhan badan.

Kita perlu faham, gejala Covid19 ni bukan pada masa tu sahaja, tetapi boleh kekal dalam badan dan menjadi simptom yang kekal pada jangka masa panjang.

Sentiasa pastikan diri anda mempunyai Vitamin D pada tahap yang optima. Dari mana nak dapat?

Kita tahu Vitamin D ni kaya pada makanan-makanan yang kaya lemak seperti ikan, produk tenusu, telur dan juga sesetengah sayuran.

Kajian menunjukkan kandungan Vitamin D dalam makanan tidak mencukupi untuk mencapai jumlah optima Vitamin D setiap hari kerana dari makanan yang menyumbang hanya sekitar 10% dari keperluan Vitamin D harian.

Alternatif lain semestinya dengan mendapat Vitamin D daripada matahari  yang mana sinaran UVB dari matahari ini boleh menukarkan bahan pada kulit untuk menjadi Vitamin D namun,

Cahaya matahari perlu kena terus pada kulit tanpa halangan daripada awan, kaca, topi, baju ataupun sunblock. Lagi-lagi bila anda mempunyai kulit yang hitam manis, ini kerana pigmen melanin yang memberi warna kulit ini menghalang daripada penukaran Vitamin D.

Jika daripada diet tidak mencukupi, daripada matahari pun tidak mencukupi, jadi pengambilan Vitamin D daripada suplemen amatlah digalakkan. Berapa dos yang diperlukan?

Untuk perlindungan badan, disarankan untuk ambil 1000-20001U sehari terutama bagi mereka yang gemuk dan berusia. Selepas 3 bulan, anda boleh check semula jika paras Vitamin D dah mencukupi

Ada waktunya kita memang memerlukan suplemen tertentu untuk badan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini walaupun bukan dalam bentuk ubatan. Jadi, bila ada tambahan dari nutrisi sampingan seperti suplemen kesihatan, kemudian digandingkan pula dengan vaksin, ia akan membantu menghasilkan satu reaksi yang dinamakan antibodi yang lebih kuat untuk melawan penyakit.

Sumber rujukan : Ebook Dr. Syid Ayob – Vitamin D 

Tablet kunyah yg enak sesuai untuk masalah resdung, bantu tingkatkan imun

4 thoughts on “Vitamin D kenapa Penting sangat masa pandemik – 3 Sebab Utama

    1. ezyklik Post author

      Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah tq fatin. Syabas kerana menghargai diri dan menjaga kurniaan Allah, moga kesihatan awak dalam peliharaan Nya sentiasa. Aamiin 🤲🌹

      Reply
  1. Ellie

    Well said👍 Saya pun dah sediakan Defence untuk keluarga especially anak2 dari wabak Covid-19 ni

    Dah try Diffenz by Eskayvie ni sebab doc Syid ni Doktor Pakar Perubatan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.